MENJANA MINDA GURU YANG KREATIF & INOVATIF

Diskusi 5 : Bincangkan sahsiah dan ketrampilan sebagai guru cemerlang

Topic: Diskusi 5

Date 22/10/2013
By Nurul Hidayah
Subject Sahsiah guru

ISTILAH 'guru' sering memberi gambaran tentang peranan utamanya dalam pembangunan sumber manusia, iaitu sebagai pendidik dalam proses pembentukan dan kematangan sahsiah para pelajar.

Tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan merupakan profesion utama dalam hidup kerana ia melibatkan proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu-individu, anggota keluarga dan masyarakat yang seterusnya akan menentukan hala tuju sesebuah negara.
Tekad Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini untuk memartabatkan profesion keguruan merupakan niat murni yang mesti disambut bersama oleh segenap anggota masyarakat kerana tugas ini tidak mesti terbeban di pundak kerajaan semata-mata.
Secara tidak langsung, gandingan bersama setiap anggota masyarakat ke arah meninggikan profesion keguruan merupakan salah satu bukti penghargaan mereka terhadap tenaga guru yang telah dicurahkan dalam proses menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik anak-anak bangsa.

Selain itu, memartabatkan profesion keguruan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak, sama ada daripada pihak pentadbir atau kerajaan, kalangan guru itu sendiri, anggota masyarakat mahu pun badan-badan bukan kerajaan (NGO) supaya integriti dan autoritinya sentiasa diyakini dan terpelihara.

Hal ini merupakan perkara yang perlu dititikberatkan kerana sekiranya sesuatu pihak sudah tidak mempercayai dan meyakini integriti dan autoriti keguruan, maka sukarlah bagi guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Hasil pengajaran dan pembelajaran yang diterima pelajar pula akan dipersoalkan kesahihannya disebabkan kewibawaan profesion keguruan itu sendiri yang telah tercalar.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga mengalami masalah dalam mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap kewibawaan guru. Pelbagai cara dan langkah terpaksa diambil dan dilaksanakan, yang ternyata menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang besar.

Oleh yang demikian, antara peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan ialah meningkatkan kandungan kursus-kursus pedagogi, pengurusan dan psikologi kepada guru-guru supaya ilmu-ilmu ini dapat diaplikasikan secara praktikal dalam pengajaran di kelas-kelas.

Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran haruslah memperkukuh dan memperkemaskan sistem pengawasan dan pemantauan ke atas guru-guru bagi memastikan mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan penuh dedikasi. Hal ini juga adalah bagi mengelakkan para guru menyeleweng daripada tugas yang telah diamanahkan.

Guru juga perlu berperanan dengan menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang pengkhususan masing-masing. Hal ini akan menambah keupayaan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan kepada para pelajar.

Di samping itu juga, guru haruslah mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya pengajaran guru dapat diterima dan dihayati dengan baik oleh pelajar, di samping memenuhi objektif sesuatu pengajaran.

Antara lain yang harus dititikberatkan guru ialah mendisiplinkan diri mereka sendiri, dan dalam masa yang sama juga perlu mendisiplinkan para pelajar kerana mereka akan menjadi contoh ikutan buat para pelajar.
Dalam hal ini, pepatah Arab ada menyatakan bahawa: "Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah. Perbuatan demikian aibnya amatlah parah."

Anggota masyarakat turut memainkan peranan yang penting dalam membantu memartabatkan profesion keguruan. Institusi-institusi seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu sentiasa mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah, memberi maklumat dan kerjasama kepada guru-guru dalam menjalankan aktiviti atau program pembinaan ilmu dan sahsiah dalam kalangan pelajar.

Jika kita hanya mengharapkan guru bagi menangani semua masalah berkaitan pelajar tanpa bantuan pihak-pihak luar, ternyata keadaan ini amat rumit dan sukar mencapai kejayaan.
Justeru, peranan semua pihak merupakan faktor utama dalam memartabatkan profesion keguruan seperti mana yang ditekadkan oleh kerajaan. Ini kerana profesion keguruan itu sendiri merupakan satu profesion mulia yang sewajarnya diangkat dan disanjung.
Ketinggian profesion ini telah dinyatakan melalui sabda Rasulullah SAW: "Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya."

Date 22/10/2013
By Nurul Hidayah
Subject Sahsiah guru

Pembangunan sahsiah dari perspektif Islam bererti membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, berintelek, mempuyai nilai murni dan berdaya maju. Pembangunan sahsiah dari perspektif Barat, berdasarkan para pemikir seperti Mark (1818-1883), Weber (1864-1920) dan Maslow (1908-1970) ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi.2002).
Is
u berkaitan sahsiah guru memberi kesan kepada dua aspek iaitu aspek diri dan aspek sekolah. Dalam aspek diri guru itu sendiri, yang menyebabkan bertindak secara rasional ataupun sebaliknya. Antara yang ciri-ciri yang mendorong seseorang bertindak ialah dari segi emosinya, tingkah laku yang biasa digunakan untuk bertindak dalam situasi tertentu dan pemikirannya. Apabila guru tersebut tidak menyiapkan Buku Rekod Mengajar, kesan pada dirinya ialah guru tersebut akan memberi pelbagai alasan supaya terlepas daripada menyiapkan tugasan tersebut. Selain daripada itu, dia juga akan terbiasa tidak menghantar Buku Rekod Mengajar untuk ditandatangani oleh Pengetua , Guru Besar atau wakilnya.

Tindakan Guru Besar pada guru tersebut adalah dengan memberi amaran secara lisan.Tindakan Pengetua atau Guru Besar seterusnya, jika didapati guru tersebut tetap tidak membuat Buku Rekod Mengajar ialah dengan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada guru berkaitan. Tidak membuat atau menyiapkan Buku Rekod Mengajar adalah satu kesalahan mengikut P.U.(A) 531 Seksyen 8(1) yang dikenakan penalti RM 500.00. Oleh yang demikian, hukuman ini adalah amat merugikan diri guru tersebut.

Aspek sekolah merupakan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan tanggungjawab di sekolah seperti kehadirannya di sekolah , mengajar dan mendidik murid mengikut masa yang ditentukan serta mematuhi segala peraturan dan etika yang digariskan. Guru yang tidak membuat Buku Rekod Mengajar bukan sahaja telah melanggar etika Profesion Perguruan, tetapi juga tidak dapat mengajar dan mendidik muridnya mengikut masa dan jadual yang ditentukan. Ini akan memberi kesan yang buruk kepada murid-murid yang memerlukan khidmat bakti guru terbabit. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat berjalan dengan baik, murid-murid pula akan mendapat akibat daripada perbuatan guru tersebut.

Selain daripada kesan yang akan diterima oleh anak-anak didik mereka, prestasi sekolah juga akan turut terjejas. Peratus kelulusan mengikut subjek yang diajar oleh guru berkaitan akan menunjukkan kemerosotan berikutan masalah yang dihadapi dan prestasi sekolah akan menurun. Ini akan merugikan murid-murid, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan guru itu sendiri.

Murid-murid dan rakan-rakan sejawat dalam Profesion Perguruan juga akan mula menjauhkan diri , jika masalah tersebut semakin teruk guru berkaitan akan semakin tertekan dan tidak dinafikan dia akan melakukan perkara-perkara yang lebih buruk lagi. Hal ini akan menyebabkan keadaan tidak akan terkawal, kecuali dengan memberi perkhidmatan kaunseling kepada guru terbabit.

Sudah jelas dinyatakan di atas, dalam pembentukan sahsiah, nilai-nilai integriti amat penting di tanam dalam jiwa guru-guru. Integriti juga adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendorong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten.

Contoh aspek guru yang berkesan hendaklah mempunyai nilai integriti dalam diri mereka. Ini adalah kerana di dalam nilai integriti terkandung empat petunjuk di dalam nilai integriti iaitu adil, amanah, akauntabiliti dan telus. Guru perlu bersikap adil dalam pengajarannya di sekolah, seperti masuk ke kelas tepat pada waktunya, keluar kelas mengikut masa yang ditetapkan, tidak sepatutnya guru mengamalkan sikap ‘curi tulang’ dan memberi ilmu pengetahuan kepada murid tidak berdasarkan kepada rupa paras , tahap kepandaian, latar belakang keluarga murid dan sebagainya. Guru juga perlu adil dalam memberi hukuman atau tugasan kepada murid.

Petunjuk yang kedua ialah amanah, guru sudah semestinya perlu mempunyai sifat amanah dalam dalam mendidik murid-murid untuk menjadi insan yang berakhlak mulia dan berdisiplin. Guru hendaklah menyampaikan maklumat yang benar, fakta yang jelas dan mengajar murid bercakap benar. Ini adalah kerana guru menjadi ‘role model’ kepada anak didiknya, segala ilmu yang disampaikan haruslah benar dan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditentukan.

Guru perlu mendidik murid-muridnya supaya menjawab soalan dengan amanah dan berhati-hati ketika menduduki kertas peperiksaan, tanpa boleh meniru jawapan orang lain atau mengambil sumber maklumat daripada bahan-bahan bacaan yang tidak dibenarkan. Ini akan dapat membiasakan mereka melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain. Petunjuk yang ketiga ialah Akauntabiliti, Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

(KamusDwibahasa) Akauntabiliti bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Ia juga bermaksud perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pengetua atau guru besar mengikut masa yang telah ditetapkan. Contohnya program yang perlu dijalankan adalah selama sebulan, guru perlu menyediakan kertas cadangan, merancang aktiviti bersama Jawatankuasa yang dilantik, menjalankan mesyuarat bersama guru besar atau pengetua membuat perbincangan dan seterusnya memastikan program yang telah dirancang dapat dijalankan mengikut jadual yang telah disusun.

Jika sesuatu program tidak dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya mengikut perancangan, guru tidak boleh menyalahkan pihak lain atas perkara yang berlaku, kerana setiap permasalahan yang melanda pasti ada sebab musababnya. Oleh yang demikian, seharusnya sebagai seorang guru perlu ada sikap akauntabiliti. Kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada rahmat di sebaliknya.

Guru perlu muhasabah diri sendiri dan cuba memperbetulkan kesilapan diri sendiri. Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain.

Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak dibenci,di pandang serong dan tidak dihormati lagi oleh anak muridnya.

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah.

Guru digalakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

Petunjuk yang terakhir ialah telus iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai guru dengan telus, menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut apa yang telah diamanahkan. Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai sifat telus terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiausaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject ISU SAHSIAH DAN KETRAMPILAN GURU CEMERLANG

Dalam konteks pendidikan, sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas kita untuk melahirkan pelajar yang berwawasan serta mempunyai etika dan kemoralan yang tinggi. Setiap guru harus sedar bahawa tugas sebagai seorang guru bukan sekadar hanya mengajar, tapi perlu menganggap diri mereka sebagai teman, fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes polis.

Malah sebagai guru juga harus mempunyai jati diri dan pembentukan sahsiah yang bermoral sebelum mendidikan anak pelajar menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah. Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud keperibadian atau peribadi. (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat seseorang yang sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personalitI unik individu yang membezakan dirinya dengan individu lain (Cloniger,2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ia bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari.

Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani sahaja, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akal individu. Menurut Shahabudin dan Rohizan (2007), sahsiah bermaksud akhlak. Akhlak pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empat unsure dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah dengan aspek kerohanian atau dalaman manusia.

Menurut Imam Al-Ghazali (1989), pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pngetahuan agama, akidah, penghayatan Al-Quran, adab kehidupan berkeluarga, mencari rezeki , perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan pembanguan jiwa serta hati. Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai tarkrifan yang berbeza terhadap pembangunan sahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa berfikir panjang.

Pembangunan sahsiah dari perspektif Islam bererti membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, berintelek, mempuyai nilai murni dan berdaya maju. Pembangunan sahsiah dari perspektif Barat, berdasarkan para pemikir seperti Mark (1818-1883), Weber (1864-1920) dan Maslow (1908-1970) ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi.2002).
Is
u berkaitan sahsiah guru memberi kesan kepada dua aspek iaitu aspek diri dan aspek sekolah. Dalam aspek diri guru itu sendiri, yang menyebabkan bertindak secara rasional ataupun sebaliknya. Antara yang ciri-ciri yang mendorong seseorang bertindak ialah dari segi emosinya, tingkah laku yang biasa digunakan untuk bertindak dalam situasi tertentu dan pemikirannya. Apabila guru tersebut tidak menyiapkan Buku Rekod Mengajar, kesan pada dirinya ialah guru tersebut akan memberi pelbagai alasan supaya terlepas daripada menyiapkan tugasan tersebut. Selain daripada itu, dia juga akan terbiasa tidak menghantar Buku Rekod Mengajar untuk ditandatangani oleh Pengetua , Guru Besar atau wakilnya.

Tindakan Guru Besar pada guru tersebut adalah dengan memberi amaran secara lisan.Tindakan Pengetua atau Guru Besar seterusnya, jika didapati guru tersebut tetap tidak membuat Buku Rekod Mengajar ialah dengan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada guru berkaitan. Tidak membuat atau menyiapkan Buku Rekod Mengajar adalah satu kesalahan mengikut P.U.(A) 531 Seksyen 8(1) yang dikenakan penalti RM 500.00. Oleh yang demikian, hukuman ini adalah amat merugikan diri guru tersebut.

Aspek sekolah merupakan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan tanggungjawab di sekolah seperti kehadirannya di sekolah , mengajar dan mendidik murid mengikut masa yang ditentukan serta mematuhi segala peraturan dan etika yang digariskan. Guru yang tidak membuat Buku Rekod Mengajar bukan sahaja telah melanggar etika Profesion Perguruan, tetapi juga tidak dapat mengajar dan mendidik muridnya mengikut masa dan jadual yang ditentukan. Ini akan memberi kesan yang buruk kepada murid-murid yang memerlukan khidmat bakti guru terbabit. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat berjalan dengan baik, murid-murid pula akan mendapat akibat daripada perbuatan guru tersebut.

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject CIRI - CIRI GURU CEMERLANG

Ciri-ciri Guru Cemerlang

Ciri-ciri guru cemerlang dari segi kualiti adalah seperti berikut:
- Peribadi: Guru cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada para pendidik.

- Pengetahuan dan kemahiran: Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang-bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

- Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menerusi peningkatan minat dan penglibatan pelajar, melalui pelbagai pendekatan menerusi kebolehan dan keupayaan dalam membimbing pelajar di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

- Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi secara ‘inter’ dan intra-personal’, serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai bentuk kemunikasi.

- Potensi : Guru Cemerlang adalah guru yang berwawasan, perintis sesuatu usaha, sentiasa merancang, mengelola dan melaksanakan program-program pendidikan, mampu membuat analisis dan mengambil tindakan terhadapnya, sentiasa belajar untuk meningkatkan kerjaya, sentiasa terlibat dan menyumbang dalam kursus, seminar dan bengkel, menjalankan penyelididkan dan menghasilkan penulisan ilmiah serta sentiasa menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah keupayaan sekolah.

- Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara serta berupaya memberi buah fikiran yang boleh membantu peningkatan kualiti pengajaran di institusi

Date 22/10/2013
By NORDIANA BINTI YUSUF
Subject CIRI - CIRI GURU CEMERLANG

Guru cemerlang adalah guru yang berkualiti dan bagi Malaysia pula, guru cemerlang adalah guru yang berjaya melahirkan pelajar menjadi insan yang seimbang baik dari segi emosi, rohasi, jasmani dan intelek. Sahsiah guru cemerlang seharusnya dapat menyepadukan ilmu duniawi dan ilmu akhirat agar dapat membentuk dan mengembangkan anak didik menjadi insan yang bersepadu/insan kamil agar anak didik ini dapat memahami peranan mereka terhadap diri, terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap negara.

Marzita (2003) dalam rencananya menegaskan seorang guru cemerlang selalunya sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku dipersekitaran. Selaras dengan itu, segala tindakannya akan berubah selari dengan desakan keadaan agar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Seperti mana yang dinyatakan dalam Tema Guru 2003 iaitu ‘Guru Berkualiti Inspirasi Negara’. Tema ini mengambarkan bahawa seorang guru yang berkualiti mestilah memiliki ciri-ciri guru cemerlang serta mampu melahirkan tenaga kerja yang dicitakan oleh sesebuah negara. Justeru, untuk melahirkan guru berkualiti mestilah wujud daripada PPG yang cemerlang.

Menurut Tuner dan Bash dalam Mohd Sani (2002) pula, guru cemerlang menunjukkan ciri-ciri seperti:
• Komitmen profesional yang tinggi.
• Pakar dalam semua bidang, sedia berkonsi pengalaman
• Kebolehan mengajar idea utama dan kandungan subjek.
• Kebolehan mengurus pelajar.
• Boleh bekerjasama dengan pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.
• Mampu melayan perkembangan nilai sosial dan budaya.
• Menunjukkan komitmen yang tinggi.

Seorang guru cemerlang sentiasa memiliki sikap tidak puas hati terhadap keupayaan diri, sentiasa ingin belajar bagi menambahbaikkan ilmu pengetahuan/kemahiran yang dimiliki. Kepekaan terhadap peubahan yang berlaku di serantau berkaitan dengan bidang pendidikan perlu dimiliki kerana ia menganggap perubahan sebagai petunjukarah terhadap perubahan yang perlu dilakukan olehnya terhadap diri mereka sebagai pelengkap untuk berhadapan dengan anak-anak didik. Jika guru bersedia maka gaya pengajaran dan pembelajaran juga akan berjaya diperoleh.

Pendeknya, ciri-ciri berkualiti tersebut adalah seperti mempunyai ilmu yang tinggi, seorang yang kreatif, sentiasa memperbaharui ilmu dan pandai menyampaikan ilmu yang dimiliki dengan menggunakan kaedah terkini. Sebagai contoh, guru tersebut hendaklah celek komputer, peka terhadap cara penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (pernah mengambil kursus teknologi pendidikan). Guru tersebut juga mestilah memiliki sifat yang terpuji seperti sikap penyayang, penyabar, pandai berinteraksi, pandai menyelesaikan masalah pelajar yang pelbagai, dan sanggup menghabiskan masa termasuk masa di luar sekolah untuk mendalami masalah pelajar. Ini termasuk masalah keluarga pelajar.

Bagi mendapat ciri-ciri berkualiti ini, pendidik/guru perlu mempunyai minat dalam menambah ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka. Ini adalah kerana dengan memiliki ilmu yang luas, guru tentu dapat mengajar dengan lebih baik dari pelbagai sudut. Mengajar dengan ilmu yang cetek iaitu hanya daripada satu sudut sahaja, proses pengajaran berkemungkinan menjadi tidak seronok. Tetapi kalau ilmu tersebut luas, pengajaran menjadi lebih menarik.

Date 22/10/2013
By siti syazwani binti mohd said
Subject sahsiah guru

Ciri-ciri sahsiah guru yang positif
Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi sifat rohani, sifat fizikal dan beberapa keunggulannya.
Sifat Rohaniah merupakan perlakuan keimanan yang kental kepada Allah swt.
Sifat-sifat keimanan asas yang lain merangkumi sifat akhlak, mental, kejiwaan dan fizikal.
1. Antara sifat-sifat akhlak yang mulia adalah benar lagi jujur, menepati janji, amanah, ikhlas dalam perkataan dan perbuatan, merendah diri, sabar, tabah lagi cekal, hilm, pemaaf dan toleransi. Akhlak mulia ini secara langsung terpamer dengan menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah
2. Sifat mental pula bercirikan cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial), menguasai mata pelajaran takhassus, luas pengetahuan am, cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat, mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid, fasih, bijak dan petah dalam penyampaian
3. Sifat kejiwaan akan memaparkan karektor yang tenang dan emosi yang mantap. Sentiasa optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya. Turut hadir juga rasa kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan baik yang kuat. Bersifat sentiasa kesantunan bahasa, lembut dan baik dalam pergaulan. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.
4. Sifat fizikal yang ingin diterapkan adalah sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit. Sentiasa berperawakan tampan, kemas dan bersih.
5. Berikut pula adalah berapa ciri-ciri sahsiah yang unggul antaranya adalah mesra, rebut peluang, baik hati, bertoleransi, bermatlamat, beri peluang, berani, menolong, tenang, dominan, sabar, periang, optimis, boleh dipercayai, teratur, pragmatik, bercita-cita, sensitif, pemurah, dan bijaksana

Date 22/10/2013
By mohd khairul anuar bin sahimi
Subject guru cemerlanh: guru sebagai role-model

perlu bg guru mendidik dengan sikap dan akhlak. Apa yang guru cakap, mesti laksanakan.

Inilah rahsia pendidikan yang cukup penting, iaitu guru melaksanakan dahulu sebelum diajar kepada murid-murid. Sebagaimana perintah ALLAH, “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak berbuat. Amat besar kebencian di sisi ALLAH bila kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan”. (As Saff: 2-3)

ALLAH marah dan benci pada seseorang yang pandai bercakap tapi tidak berbuat. Kerana sikap itu akan mempersia-siakan ilmu. Dia akan membuat orang yang diajar pun bersikap serupa. Sehingga ilmu hanya untuk dibanggakan tapi tidak dilaksanakan!.

Ini bertentangan dengan kehendak Al Quran dan Sunnah itu sendiri. Sebab pendidikan Islam itu mengajarkan cara hidup yang mesti ditegakkan dalam realiti kehidupan, kerana Islam itu ‘Cara Hidup’ (Dinulhayah). Bagaimana hendak dikatakan cara hidup, kalau semua ilmu Islam setakat di akal fikiran (teori semata), bukan dilaksanakan secara praktis dalam semua aspek kehidupan!.

Rasulullah SAW telah membuktikan tentang praktikalnya Al Quran, sekaligus memberi contoh tentang cara hidup Islam yang diperintahkan oleh ALLAH SWT. Sikap dan akhlak baginda itu dicontohi dan dikuti oleh para sahabat. Mereka pelajari di kala Rasulullah bersama-sama mereka. Sembahyang berjemaah, makan sedulang, tidur sebantal. Duduk tidak pernah tinggi daripada sahabat, pakaian tidak berbeza dengan sahabat. Baginda bercakap, berbincang dan bermesra bahkan bergurau dengan sahabat.

Dengan kebenaran dan keindahan Islam yang begitu menarik hati, yang kelihatan pada diri Rasulullah, sahabat-sahabat berlumba-lumba untuk mencontohi Rasulullah dalam apa juga yang baginda lakukan. Rasulullah benar-benar satu figure yang dicintai, dikagumi, dirindui dan dicontohi setiap perilakunya.

Kerana benar dan baiknya sikap dan akhlak Rasulullah itu, maka para sahabat rela hidup semati bersama Rasulullah. Apa kata Rasulullah, ditaati sepenuh hati. Bahkan mereka sanggup mati demi mempertahankan dan melindungi Rasulullah.

Dengan itu, setiap hukum-hakam ALLAH yang disampaikan pada mereka, bukan saja mereka dengar dan patuh, bahkan mereka perjuangkan dengan rela hati sebagai cita-cita hidup. Dan mereka berkorban apa saja hingga rela terkorban segala-galanya demi untuk ALLAH dan
Rasul.

Itulah hasil didikan melalui sikap dan akhlak. Ia mampu membeli hati-hati manusia dan menyatukan hati-hati itu dalam satu barisan yang teratur kukuh. Dan hati manusia tidak boleh dibeli dengan wang, projek, dsb.nya. Sebagaimana firman ALLAH SWT, “Jika kamu belanjakan seluruh kekayaan seisi bumi untuk menjinakkan hati manusia, nescaya kamu tidak dapat melakukannya. Tapi ALLAH-lah yang menjinakkannya”. (Al Anfal: 63)

Date 21/10/2013
By Masitah binti Mohamed Khasim
Subject >>> Kitaran Kecemerlangan?

sdikit prkongsian dri pmbacaan atrikel bakaitan pend. bru2 ni :)

[ Sebenarnya diri sndirilah perancang TERBAIK "siapa" yg kita akan jdi. Sekiranya kita memerhatikan org yg cmerlang, kita akan mndpati mereka mngamalkn kebiasaan2 trtentu yg akhirny mncorakkan dri utk brusaha ke arah kcemerlangn. Kata motivasi ad mnyatakn : "KEBIASAAN YG DILAKUKAN SCARA KONSISTEN AKAN MNJADI SBAHAGIAN DARIPADA DIRI KITA"]

skiranya kita mngambil iktbar dri alam, kita akan mndapati Allah menentukan plbagai kitaran yang mmbolehkan alam ini brada dlm kesimbangan. Contohnya, kitaran air, karbon, nitrogen & sbgainya. Tanpa kitaran2 ini, plbagai kepincangan akan berlaku kpada khidupan.

KITARAN KCEMERLANGAN merujuk kpda aktiviti trtentu yg mnjdi amalan individu bgi mmastikan kcemerlangan hidup trus digenggam walau apapun yg brlaku. Analoginya, sbgaimana air yg trus mlalui kitaran yg tlah ditetapkan utknya bgi mmastikan keseimbangan alam trus trpelihara demi ksejahteraan seluruh kehidupan.

Komponen2nya ialah :
MUHASABAH - Sentiasa audit diri
TAQARRUB - Sentiasa mndekatkan diri kpada Allah
MUJAHADAH - Hidup itu perjuangan

Sebgai seorang guru, plbagai cbran akan dhadpi ktika mlaksanakan tugas. Kdg2 ujian trsebut trasa bgitu hbat skali (mgkin dlm klangan kita pnah mrasainya).Dengan karenah pelajar, tuntutan pntadbir, bbanan tugas & tggungjawab srta kwajipan trhadap kluarga yg xboleh diabaikan.

p/s : cmerlang bkan hnya di dunia, tapi fokus utk di AKHIRAT jugaa ^^,
|Allah Ghayatunaa |Arrasul Qudwatunaa |Al-Quran Dusturunaa |Al-Jihadu Sabiilunaa|

Date 21/10/2013
By MOHD SYAFIQ BIN SHAMSUDDIN
Subject Re: >>> Kitaran Kecemerlangan?

Perkembangan profesional guru sepatutnya mampu membawa perubahan kepada organisasi sekolah dan meningkatkan sistem perguruan. Dalam menghadapi zaman yang teknologinya berkembang dengan begitu pesat dewasa ini, guru harus mempersiapkan diri mereka dengan profesionalisme diri supaya seiring dengan perkembangan zaman.
Secara amnya, usaha-usaha kearah membangunkan modal insan seorang guru dapat dilaksanakan berdasarkan ciri-ciri dan nilai-nilai yang terdapat dalam 10 Prinsip Islam Hadhari (Abdullah Md. Zain, 2007). Diantaranya ialah dengan memperbetulkan dan memperkasakan pengetahuan umat Islam tentang Tasawwur Islam, memperkasakan ketakwaan dan keimanan umat Islam, mempertingkatkan usaha penguasaan ilmu secara meluas, berterusan dan besepadu antara ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, melahirkan lebih ramai pakar dalam pelbagai bidang dan menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam membangunkan negara, menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu dalam semua bidang, memperbanyakkan hasil tugasan baru yang boleh dimanfaatkan semua manusia dan menonjolkan peranan ilmuan dan sumbangan mereka kepada pembangunan ummah serta berusaha menjadikan mereka sebagai role model dalam masyarakat yang bertamadun.
Di antara strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalisma seorang guru dalam membangunkan modal insan mereka termasuklah aktiviti pementoran, melibatkan diri dalam latihan dalam perkhidmatan, kursus dan seminar, amalan refleksi, amalan penyelidikan tindakan, latihan profesional berterusan, perkembangan profesional online dan penglibatan dalam aktiviti Pusat Kegiatan Guru.
• Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma di kalangan guru ialah sistem pementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang lebih berpengalaman bertindak sebagai ‘role model’, penasihat dan pembimbing kepada guru lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran melibatkan pengajaran, bimbingan, memberi galakan, kaunseling dan membina persahabatan dengan guru yang lebih berpengalaman. Guru juga sepatutnya bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan profesional guru dibawahnya, malah sepatutnya peningkatan keseluruhan perkembangan guru tersebut. Pada kebiasaannya, seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor untuk membimbingnya.
• Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca, menulis dan membuat penyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme guru tersebut. Hanya dengan ilmu pengetahuan dapat menjadikan manusia bertaqwa dan mengagumi Tuhannya (Tajul Ariffin & Noraini, 2002). Dengan ilmu jugalah manusia mampu memikul tanggungjawab mengurus dan mentadbir alam ini. Dunia sekarang semakin maju dan teknologinya juga cepat berkembang. Kemajuan dalam bidang internet memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan dan bertukar maklumat. Bukan itu sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa sempadan, membolehkan ilmu dan pengalaman dapat sampai ke negara kita dengan cepat. Menurut Mohd Amin (2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat bagus dengan dengan penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center) telah berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme mereka.
• Mengadakan program perkembangan staf. Diantara peranan yang dimainkan oleh perkembangan staf termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, ketrampilan dan kepakaran staf, membina semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Menurut Sani et al. (2008), adalah mustahil untuk meningkatkan keberkesanan sekolah atau menggerakkan profesionalisme guru tanpa program perkembangan staf. Malah, banyak tugasan tentang perkembangan staf telah membuktikan bahawa penglibatan melalui aktiviti kerjasama dalam pasukan akan mencetuskan pemikiran dan memberikan perspektif baru yang penting kepada perkembangan profesional staf (Little, 1982).
• Bagi sesebuah negara, untuk mendapatkan pendidikan sesuatu subjek yang lebih baik mestilah dengan mendapatkan guru yang lebih baik. Pihak kerajaan seharusnya menyusun satu program yang canggih dan tersusun untuk melatih guru-guru secara berterusan seperti Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM) dan lain-lain kursus. Sepanjang latihan, guru akan didedahkan dengan kemahiran dalam subjek, mengembangkan kemahiran-kemahiran, memperkaya diri dengan pengetahuan dan trend-trend pengajaran dan pembelajaran. Setelah menghadiri kursus, guru yang pulang ke sekolah masing-masing sepatutnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar guru-guru lain juga dapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu seperti pembelajaran bestari, pengajaran Pendidikan Islam dan sains dalam Bahasa Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi atau bimbingan dan kaunseling.
• Aktiviti-aktiviti dalam ‘Lesson Study’ melibatkan pelajar, guru dan pensyarah dalam pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam, skil kehidupan, aktiviti hands on dan pembinaan silibus. Objektif sebenarnya adalah untuk meningkatkan pendidik Pendidikan Islam dengan kegiatan pengajaran Pendidikan Islam yang betul (Hera, 2003). Di Jepun, ‘Lesson Study’ dibuat dengan guru membina pelan pengajaran dan membina soalan-soalan dari perspektif pelajar Pendidikan Islam. Dengan menganalisa soalan Pendidikan Islam tersebut, guru dikatakan boleh membina soalan Pendidikan Islam yang lebih bagus. Ia ternyata dapat meningkatkan profesional guru dari segi pengajaran dan pelbagai metod pengajaran. Para pensyarah pula dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru dengan lebih jelas. Lebih dari itu, banyak bahan-bahan alat bantu mengajar telah dihasilkan oleh guru-guru dan pensyarah Pendidikan Islam (Marsigit, 2007). Dengan bertambahnya pelbagai bahan mengajar, ini akan menjadikan proses pengajaran dan pendidikan lebih efisien.
• Pihak pentadbir sekolah perlu menggalakkan amalan reflektif di kalangan guru di sekolah. Tan et al. (2003) merujuk amalan reflektif dalam perguruan sebagai ‘guru tahu apa yang dilakukannya, mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang dilakukan’. Selain itu guru juga dapat mengaplikasikan ilmu berkaitan pendidikan dan penyelidikan dalam membina hipotesis berkaitan dengan keberkesanan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mana hal ini sangat diamalkan, dinilai dan disemak dari semasa ke semasa. Dr Abd Yusof (2007) melihat amalan reflektif sebagai satu proses ingin tahu terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa menambah nilai baik terhadapnya. Guru yang berjaya adalah guru yang menjadikan amalan reflektif sebahagian amalan hariannya.
• Pihak sekolah juga sepatutnya mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja. Ia adalah satu program untuk melatih guru yang dapat membantu guru lain disekolah melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan perkongsian amalan pengajaran. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu kaedah peningkatan profesional yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Ianya satu program dimana guru berkongsi kemahiran dan menyumbang kepada sokongan dan bantuan untuk belajar skil-skil pengajaran yang baru dan menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran (Dalton, 1991). Ia juga dilihat sebagai satu strategi yang sangat baik untuk meningkatkan profesional seorang guru kerana melalui strategi ini guru dapat mengemaskini latihan pengajarannya dan meningkatkan pencapaian pelajar (Joyce et al., 1996). Diantara peranan program ini ialah ia dapat merangsang perkembangan peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang berkesan dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan mengguna skil bimbingan dan akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau profesional.
• Pihak sekolah dicadangkan membudayakan kerja berkumpulan di sekolah masing-masing. Satu kumpulan terdiri daripada 2 hingga 5 orang guru bekerja bersama untuk merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti pembelajaran untuk sekumpulan pelajar yang sama. Guru dalam satu kumpulan itu sebaiknya berbeza dari segi subjek yang diajar, minat, perspektif dan tahap pembelajaran. Ini akan memberi kekuatan pada kumpulan dan perkembangan setiap ahli. Kelebihan cara ini ialah dapat meningkatkan prestasi pelajar dari sudut bertambahnya tanggungjawab terhadap pembelajaran. Pendedahan kepada skil dan pandangan dari lebih daripada seorang guru boleh membina kefahaman yang lebih matang. Pembelajaran juga akan menjadi lebih aktif. Ini boleh membawa pelajar mengarah kepada kerja berpasukan. Tugasan mendapati bahawa pelajar telah menilai yang kerja berkumpulan benar-benar berkesan dalam pembelajaran mereka (Quinn et al., 1984).
• Pihak kementerian atau pihak swasta diharapkan tampil dengan model-model baru dalam meningkatkan pembangunan profesional guru. Kini, terdapat banyak model baru dari luar negara yang boleh kita ubahsuai dan adaptasikan dengan budaya masyarakat kita. Contoh yang ada sekarang ini ialah Model Kitar Penyelesaian Masalah. Didalam model ini terdapat 3 bengkel yang saling berkaitan untuk guru Pendidikan Islam menyelesaikan masalah Pendidikan Islam. Proses penyelesaian ini akan memberi peluang guru Pendidikan Islam untuk berkongsi pembelajaran, pelan pengajaran dan pengalaman mengajar. Disini guru juga akan memikirkan secara mendalam tentang isi kandungan Pendidikan Islam dan arahan dalam Pendidikan Islam. Guru dan fasilitator akan bekerja bersama untuk memilih matlamat untuk bengkel pembangunan profesional termasuk matlamat untuk silibus Pendidikan Islam dan meninjau latihan pedagogi yang baru (Jacob, 2005). Model ini dianggap sangat penting dalam membina profesional guru. Ini adalah kerana dalam membina masyarakat yang produktif dan bersaing dalam dunia yang semakin mencabar, pelajar sangat memerlukan penerapan ilmu Pendidikan Islam yang berkesan. Ilmu tentang Pendidikan Islam sangat besar peranannya dalam pembentukan diri pelajar dimasa akan datang.
• Strategi-strategi lain yang boleh digunakan juga dalam meningkatkan profesionalisme guru ialah dengan menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru yang boleh dilantik sebagai guru cemerlang dan memastikan guru lebih komited kepada matlamat dan nilai organisasi masing-masing.

© 2014 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode