Saya Dr. RIDZUAN BIN AHMAD selaku pensyarah pembimbing anda mengalu-alukan penglibatan dan interaksi para pelajar dalam laman maya ini. Semoga perbincangan yang dilakukan, perkongsian idea dan maklumat yang diutarakan akan dapat memantapkan lagi kefahaman semua pelajar mengenai Penilaian Dalam Pendidikan Islam. Laman maya ini juga diharapkan dapat meningkatkan kreativiti dan kemahiran guru di abad 21. Selain daripada sebahagian daripada usaha ke arah memartabatkan fungsi dan keupayaan guru-guru pendidikan islam selaras dengan perkembangan ICT. Laman dibina sebagai medium interaksi pelajar-pelajar dan pelajar pensyarah. Adalah diharapkan semua pelajar dapat memanfaatkan laman ini untuk berinteraksi dan bertukar-tukar maklumat bagi memantapkan kefahaman dan kemahiran dalam menghasilkan bentuk-bentuk penilaian yang berkualiti seterusnya dapat memperkembangkan bakat dan kreativiti anda berkaitan Penilaian Dalam Pendidikan Islam.Sebarang cadangan yang membina amat dialu-alukan dan boleh disalurkan kepada email admin yang tercatat atau melalui personal email drridzuan3190@gmail.com
SELAMAT BERDISKUSI
Pemakluman
Mulai tahun 2014, Website ini telah dinaik taraf bagi menyediakan platform penyebaran ilmu secara lebih meluas. Ianya tidak berfokus kepada mata pelajaran yang disampaikan di dalam bilik-bilik kuliah formal semat-mata, malah mencakupi pelbagai demensi keilmuan. Semoga ianya menjadi medium perkongsian ilmu yang bermanfaat untuk semua, insyaallah.
—————
—————
—————
—————
—————